BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Followers

Wednesday, December 19, 2012

9 BULAN

assalamualaikum....

entri kali mengisahkan ttg 9 bulan....

9 bulan usia kandungankah??? ooo... tidak.... kalau aku mengandung siapa pula bapaknya??? hahaaha... saya masih single tau....

bercakap tentang single... ia ada kaitan juga dengan tajuk entri aku mlm ni...

genap 9 bulan...
aku bersendirian... 9 bulan yang lalu aku telah membuat 1 keputusan yang sangat besar dlm hidup aku... yang mungkin boleh menjejaskan hati dan perasaan seseorang itu...

aku telah nekad untuk memutuskan hubungan istimewa ini aku dgn si dia... aku terpaksa kerana atas sebab-sebab tetentu yang sukar untuk diperjelaskan...

2 hari lpas... genaplah 9 bulan kami memutuskan hubungan ini walaupun tanpa sebarang ikatan walaupon sebagai seorang sahabat....

aku terpaksa melepaskan si dia demi kepentingan diri aku sendiri juga.... walaupun ianya keputusan yang sgt sukar dan pahit untuk ditelan....

sekarang... aku mampu bangkit dan berdiri atas kaki sendiri untuk melakukan segalanya... kerana aku ada sahabat, kawan, teman, keluarga dan saudara-mara...

biarlah dia kata aku ni jahat atau apapun yang negatif... ingatlah ALLAH sentiasa berada disisi kita untuk membantu kita dalam setiap perkara...

p/s: semoga exam final aku kali ini lebih lancar dan dimudahkan... amin...